Berusalah agar selalu berada
dalam keadaan SIHAT dengan memakan makanan bersesuaian,
melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu
menjelang melahirkan - senaman bersesuaian). Cth;
berjalan kaki adalah senaman yang paling sesuai untuk
wanita hamil tua (wanita berusia) . Lakukan senaman
berikut;
Telentang, kemudian,
satu-persatu kaki diangkat ke atas. Ini untuk memudahkan
kelahiran kelak.
Rehat mesti mencukupi dan
jangan biarkan diri terlalu letih.
Bila mandi, gunakan air
suam. Mandi dengan air yg terlalu sejuk ataupun terlalu
panas akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan.
Jangan mandi berendam terutama pada usia kehamilan 8
bulan ke atas.
Pada bulan-bulan terakhir
kehamilan, ibu memerlukan ketenangan.
Jaga PAYUDARA
dengan baik, dengan menyapu minyak zaitun atau losyen
bersesuaian pada puting susu. Ini dapat mengelakkan
terjadinya pecah-pecah pada puting susu terutama jika
anda ingin menyusui anak anda kelak. Ingat :
MOM's MILK IS THE BEST.
Selalu menjalani pemeriksaan
doktor terutamanya kehamilan pertama. Periksa tekanan
darah, kesihatan janin dan sebagainya.
DILARANG
meminum alkohol, merokok.
JANGAN
menganiaya makhluk sama ada manusia atau binatang.
Elakkan berhibur di
tempat-tempat yang tidak dipandang baik dalam Islam.
Elakkan diri daripada
perasaan marah kerana marah itu sifat TERCELA.
Jauhi daripada sifat
benci-membenci.
Hindari daripada sifat
dendam, sebaliknya mudah memaafkan orang lain.
Hindari daripada perasaan
dengki-mendengki, iri hati.
Jauhi daripada perasaan cemburu
buta terhadap suami. Ini dapat merosakkan
keharmonian rumahtangga anda.