URAT BERSIMPUL (VENA VARIKOS)
 

PUNCA

Hormon melembutkan pembuluh (vena) di kaki dan faraj anda.

Begitu juga bayi yang membesar di dalam kandungan menambah tekanan ke atas vena tersebut. Vena verikos cenderung menjadi lebih teruk selepas beberapa kehamilan.

Satu jalinan salur darah yang berdekatan dengan kulit akhirnya bersimpul dan kelihatan berwarna biru, merupakan tanda-tanda berlakunya gejala ini.
 

PENCEGAHAN

Amalkan diet yang baik. Makanlah makanan yang mengandungi banyak vitamin.

Berjalanlah untuk memperbaiki peredaran darah anda.

Ketatkan dan longgarkan lutut anda secara berselang-seli ketika duduk.

Pindahkan dari kaki kiri ke kaki kanan atau sebaliknya apabila anda terpaksa berdiri lama.

Elakkan tekanan seperti memakai pakaian ketat, cth; jeans, tights.

JANGAN berdiri sekiranya adan boleh duduk dan berbaringlah apabila berpeluang.
 

PENAWAR

Amalkan pencegahan yang disenaraikan di atas.

Tinggikan paha dan kaki di atas bantal.

Vena verikos pada vulvu akan hilang selepas kelahiran bayi, manakala pada kaki, ia akan bertambah bail apabila hormon berkurangan.