
Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan.
Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.

Pada satu ketika, seorang wanita itu mungkin gembira, tenang dan bahagia.
Namun, pada masa yang sama, dia mungkin juga akan bersedih dan mengalami tekanan perasaan tanpa diketahui puncanya.

Keadaan ini mungkin mengelirukan suami. Perubahan perasaan ini bukanlah bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita tersebut. Oleh itu, dia perlu memberitahu suaminya apa yang sedang berlaku supaya dapat mengelakkan salah faham dan perselisihan.

Seorang wanita yang mengandung suka membayangkan masa depannya, terutama sekali berkaitan dengan bayi yang dikandungnya. Kadangkala ia membayangkan wajah dan rupa anak yang bakal dilahirkan. Ini merupakan perkara normal.

Ini kerana, kelahiran bayi akan mengubah corak hidup mereka yang selama ini lebih privasi (honeymoon).
Perubahan ini bukan seharusnya dihadapi oleh wanita seorang sahaja TETAPI suamipun mesti memainkan peranan penting dalam menghadapinya.