SEMBELIT

PUNCA

Hormon yang melembutkan otot-otot usus menyebabkannya kurang cekap bekerja.

Pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan.

Rahim yang semakin membesar menekan usus besar.

 

LANGKAH PENCEGAHAN

Tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti dengan memakan salad, buah-buahan, roti dan beras ceruh iaitu beras yang ditumbuk bersih hingga putih.

Meminum banyak air, yakni antara enam hingga lapan gelas sehari.

Jangan tergesa-gesa ketika membuang air kecil atau besar dan elakkan daripada meneran.

 

PENAWAR

Makanlah sedikit buah-buahan sebelum tidur seperti kismis.

Letakkan kaki di atas baldi yang diterbalikkan dan renggangkan kaki ketika membuang najis. Kedudukan ini dapat mengelakkan daripada meneran yang boleh menyebabkan buasir.

Jika usaha ini gagal, ada baiknya segera menemui doktor.