PENING DAN PITAM

PUNCA

Berdiri lama, bilik yang terlalu panas, kekurangan udara, kurang darah, tekanan darah rendah.

Ini boleh berlaku bila-bila masa ketika hamil, tetapi biasanya tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap bayi.

 

LANGKAH PENCEGAHAN

Pakailah baju yang tidak menyimpan hawa panas. 

Bawalah kipas tangan.

Pindahkanlah berat tubuh dari satu kaki kepada kaki yang satu lagi, sekiranya terpaksa berdiri lama.

Elakkan daripada berbaring di atas belakang kerana berat rahim menekan salur-salur darah yang utama dan melambatkan pengambilan darah ke jantung. Sebaliknya, letakkanlah bantal di atas belakang anda. Bangun perlahan-lahan, kerana tekanan darah anda menjadi rendah apabila anda berkeadaan santai atau relax.

 

PENAWAR

Apabila kepala anda mula terasa ringan, cuba tekan tapak kaki ke lantai dengan kuat.

Baringlah dengan mengiring, di atas sisi sehingga rasa pening hilang.