PEDIH ULU HATI
 

PUNCA

Hormon yang melembutkan pencerut yang menutup perut anda, membenarkan makanan separa hadam kembali ke gulet di mana asid-asid perut menyebabkan kesakitan. Setiap kali ini berlaku, kesakitannya seperti menitiskan air limau ke atas jari yang luka.

Tambahan pula, apabila usia kehamilan meningkat, kedudukan dan saiz bayi turut menambahkan lagi tekanan ke atas pencerut.
 

PENCEGAHAN

Apabila anda mula terasa terbakar di dada anda, cuba elakkan ia daripada terus melarat.

Makanlah makanan secara kerap tetapi sedikit-sedikit.

Hindari makanan berminyak dan kunyahlah makanan berulang-ulang kali.

Minumlah susu sejuk selepas makan untuk meneutralkan asid perut.

Hindari daripada berbaring lurus atau membengkokkan tubuh daripada pinggang kerana ia meletakkan di atas injap jantung yang telah menjadi lembut.
 

PENAWAR

Tegakkan belakang anda di atas bantal ketika tidur untuk beberapa malam ATAU tinggikan bahagian kepala katil supaya bahagian pedih dapat pulih kembali.

Gunakanlah kaedah-kaedah pencegahan yang telah dinyatakan di atas.