TANGGUNGJAWAB PAPA : MENAMAKAN ANAK

Setelah kelahiran bayi, ibu-bapa akan memberikan nama untuk anak mereka. Ia adalah untuk mengenal antara satu sama lain ataupun mudah untuk memanggil seseorang. Sunat setiap muslim memilih nama yang baik untuk diberikan kepada anak-anak mereka.

Sabda Rasullah S.A.W bermaksud ;

" Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Maka indahkan nama kamu itu. "

Riwayat Abu Daud

Berdasarkan hadis Rasullah S.A.W, nama bayi seharusnya diberikan pada hari kelahirannya atau tiga hari selepas kelahirannya. Jika masih belum diberi nama, ditunda sehingga majlis aqiqah.

Tentang siapa berhak memberikan nama sama ada si bapa atau si ibu, janganlah sehingga menimbulkan perselisihan atau pergaduhan. Sebaiknya berbincanglah antara suami isteri. Sudah pasti kedua-dua belah pihak inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Pilihlah nama yang terbaik demi anak kita.