1. PENGOVULAN
Sekitar hari ke-14 dalam kitaran haid anda, satu daripada ovari anda akan menghasilkan satu telur matang untuk disenyawakan.ur itu akan ditangkap oleh jejari pada hujung saluran Fallopio dan ditarik ke dalam saluran itu. Telur itu boleh hidup selama 24 jam. Sekiranya tidak disenyawakan, telur itu akan keluar dari faraj bersama-sama selaput rahim semasa kedatangan kitaran haid yang berikutnya.
2. PENSENYAWAAN
Sperma mengandungi suatu bahan yang membolehkannya menembusi telur tersebut. Sebaik sahaja sperma itu berjaya memasuki telur, tiada sperma lain yang akan dapat menembusinya. Ekor sperma akan lenyap dan kepalanya mula membesar. Sperma kemudiannya bergabung dengan telur membentuk satu sel.
* Sewaktu puncak syahwat, seorang lelaki boleh memancutkan 200 - 400 juta sperma ke dalam faraj seorang wanita. Banyak yang melimpah keluar semula atau hilang sepanjang perjalanan. Akan tetapi, sesetengahnya berenang melalui lendir yang dihasilkan oleh serviks ( bahagian leher rahim ) yang menjadi nipis semasa pengovulan, dan melalui rahim ke saluran Fallopio. Sekiranya telur belum dibebaskan, sperma itu boleh hidup di dalam saluran Fallopio selama 48 jam.
3. PENGAMBILAN SEL
Hampir serta-merta, sel itu mula membahagi. Sel itu terus membahagi menjadi lebih banyak sel sepanjang perjalanan melalui saluran Fallopio.
4. TIBA DI RAHIM
Telur itu tiba di rahim pada kira-kira hari keempat selepas pensenyawaan. Pada ketika itu, telur telah berkembang menjadi satu bebola yang mempunyai kira-kira 100 sel. Sel ini berongga dan mengandungi bendalir di bahagian tengahnya, tetapi masih terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Selama beberapa hari seterusnya, telur ini terapung-apung di dalam rahim.
5. PENYEMAIAN
Kira-kira pada hujung minggu ketiga, telur yang disenyawakan itu mula tertanam di dalam lapisan rahim yang lembut namun tebal. Ini dipanggil implantasi ( penyemaian ). Apabila telur itu melekat dengan selamat pada lapisan rahim, penghamilan menjadi sempurna. Jejari berupa span dari sel-sel luar embrio ini akan mula tertanam di dalam lapisan tersebut untuk dihubungkan dengan salulran darah ibu. Ini membentuk plasenta. Sebahagian daripada sel itu akan berkembang menjadi tali pusat dan membran yang melindungi bayi. Sel dalaman membahagi kepada tiga lapisan yang berkembang menjadi bahagian berbeza pada badan bayi anda.