TANGGUNGJAWAB PAPA : BERKHATAN

Berkhatan atau bersunat, harus kita lakukan untuk membersihkan anak. Kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.

Khatan bererti memotong kulit menutup kepala zakar lelaki. Berkhatan adalah salah satu keutamaan agama yang disyariatkan Allah kepada hambaNya. Rasullah S.A.W bersabda maksudnya ;

" Kebersihan itu lima perkara, berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak. "

Riwayat Bukhari Muslim

Menurut Imam  Shafie dan Imam Malik, hukum bersunat adalah WAJIB. Manakala mengikut Imam Abu Hanifah, hukumnya sunat. Kebanyakan ulama' berpendapat berkhatan diwajibkan ketika umur kanak-kanak hampir usia baligh.Namun lebih afdal ia dilakukan pada minggu pertama kelahiran. Ini berdasarkan hadis Rasullah S.A.W;

" Rasullah melaksanakan aqiqah untuk Hassan dan Hussin serta mengkhatankan keduanya dalam tempoh tujuh hari daripada hari kelahiran. "

Riwayat Baihaqi