KEJANG

PUNCA

Peredaran darah yang kurang baik.

Kekurangan kalsium.

Terlalu banyak fosforus.

Perkara tersebut boleh menyebabkan kejang betis @ kaki.

 

LANGKAH PENCEGAHAN

Memperbaiki peredaran darah dengan cara bersenam dan mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B, roti, beras ceruh, hati.

Kadangkala kalsium yang berlebihan boleh membantu, tetapi jika terlalu banyak minum susu MUNGKIN akan menyerap banyak fosforus. Sederhanakanlah dalam pengambilan pemakanan tersebut.

Anda juga mungkin kekurangan garam ( terutamanya dalam cuaca yang sangat panas ) jadi makanlah sesuatu yang masin pada setiap petang.

 

PENAWAR

Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut. Selalunya kekejangan berlaku kerana anda bangun dengan meluruskan kaki dan ibu jari ( terus bangun, tanpa mengalih badan mengiring ). Biasanya menolak jauh tapak kaki anda ketika meluruskan kaki. Urut otot-otot tersebut dengan santai.