Dorongan suami terhadap isteri. Bagaimana ???
Suami yang soleh dan penyayang akan turut sama merasakan penderitaan yang dialami oleh si isteri. Walaupun, suami tidak merasakan kesakitan secara langsung, sekurang-kurangnya suami INSAF dan memahami penderitaan dan rasa sakit ketika isteri melahirkan anak. Dengan cara tersebut, suami akan dapat merasakan bahawa dia BENAR-BENAR mencintai isteri dan menyayangi anaknya.
Suami mesti ingat bahawa wanita yang mengandung mengalami pelbagai tekanan emosi dan perasaan. Antaranya; muntah, loya, tiada selera makan, sukar untuk tidur, mudah tersinggung, mudah sedih, pilu dan sebagainya. Oleh itu, suami sepatutnya memberi sokongan moral untuk mententeramkan jiwa dan emosi si isteri.
Suami mesti terlibat sepanjang proses kehamilan dan kelahiran bayi. Dinasihatkan suami berada di sisi isteri ketika sedang sakit bersalin dan ingin melahirkan anak. Suami seharusnya memberikan motivasi kepada isterinya agar tetap tabah dan sabar. Suami perlu banyak berdoa, beristigfar dan berselawat. Ini supaya isteri tenang dan ini akan memudahkan proses kelahiran.
Ketika kelahiran bayi sedang berlaku, dinasihatkan si suami tidak melihat secara langsung proses kelahiran tersebut. TETAPI, sebaiknya suami berdiri di sisi isteri berhampiran kepala isteri. Setelah bayi dilahirkan, suami perlu mendekati bayinya dan melafazkan AZAN (jika anak LELAKI) atau QAMAT (anak perempuan) di telinga anaknya.
Pada waktu pantang, tekanan tetap wujud kepada si isteri. Antaranya; dia harus menyusu, membersihkan bayi, berjaga malam, dua tiga kali pada setiap malam. Ini mampu menggugat ketenangan dan kesabaran wanita. SEHARUSNYA si suami akan berusaha mengurangi beban isteri dengan ikut sama menjaga bayi di waktu malam (bergilir-gilir menyalin lampin contohnya).
Perhatian dan keprihatinan suami sepatutnya berterusan kepada isteri. Daripada isteri mula hamil, melahirkan dan kemudiannya menjaga anak sepatutnya dikongsi bersama suami-isteri. Ingatlah, dengan cara tersebut, si isteri akan merasakan kebahagiaan dan ketenangan dalam menanggung beban amanah yang berat.
Wallahua’lam