TANGGUNGJAWAB PAPA : AZAN / QAMAT

Berdasarkan penyelidikan, bayi yang baru lahir telinganya telah berfungsi dengan baik. Oleh itu adalah sesuai untuk memperdengarkan azan ke telinganya. Tujuannya adalah untuk memperingatkan kembali kepada anak tentang perjanjian yang pernah diikatnya dengan Allah sewaktu alam roh.

Berdasarkan ayat dalam surah Al-A'raf ayat ke 172 yang bermaksud ;

"Dan ( ingatlah ) ketika TuhanMu mengeluarkan keturunan anak adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka sendiri, firmanNya : Bukankah aku ini TuhanMu? Mereka ( roh manusia ) menjawab: Benar ! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari Qiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai terhadap hal ini. "

Ayat di atas membuktikan bahawa sebelum roh manusia ditiupkan ke dalam jasmaninya, roh sudah diajak oleh Allah mengadakan satu perjanjian dengan cara berdialog. Dialog tersebut merupakan satu pengakuan daripada manusia terhadap Allah. Mengakui bahaa manusia hanya bertuhankan Allah dan pengakuan ini adalah merupakan satu perjanjian. Dengan itu, adalah diwajibkan manusia mematuhi segala aturan Allah.

Islam menganjurkan kita mengazankan ke telinga kanannya dan qamat di telinga kirinya. Ia merupakan langkah awal untuk mengingatkan kembali terhadap perjanjian antara manusia dengan Allah.