Minggu 5 - 6

1. Embrio terapung di dalam pundi berisi bendalir.

2. Embrio mempunyai otak yang ringkas, tulang belakang, dan sistem saraf utama.

3. 4 lubang cetek muncul pada kepala. Ini kemudian akan menjadi mata dan telinga bayi.

4. Embrio mula mempunyai sistem penghadaman, mulut dan rahang yang awal.

5. Perut dan dada sedang berkembang. Jantung boleh dilihat sebagai satu bonjolan besar di bahagian hadapan dada. Pada penghujung minggu tersebut, jantung ini akan mula berdegup.

6. Sistem saluran darah sedang terbentuk.

7. Empat tunas kaki dan lengan kecil telah terbentuk.

* Panjang : Embrio kini 6 mm ( 1/4 inci ) panjang iaitu sebesar saiz biji buah epal.

 

Minggu 7

1. Kepala kelihatan besar dan membongkok ke dada. Muka mulai terbentuk walaupun mata terletak pada tepi kepala dan masih tertutup. Pigmen hitam kelihatan di bawah kulit yang meliputi kedua-dua mata.

2. Kedua-dua lengan dan kaki dengan belahan pada hujung jelas kelihatan. Belahan ini kemudian menjadi jari kaki dan tangan.

3. Jantung mulai mengalirkan darah ke seluruh badan embrio.

4. Garis kasar sistem saraf bayi itu telah hampir sempurna.

5. Sel tulang mulai berkembang.

6. Embrio mempunyai paru-paru, satu usus, satu hati, ginjal dan organ seks dalaman, tetapi semuanya belum terbentuk dengan sempurna.

* Panjang : Embrio kini 1.3 cm ( 1/2 inci ) panjang iaitu sebesar saiz sebiji anggur kecil.

 

Minggu 8

1. Embrio dipanggil janin.

2. Semua organ dalaman utama telah berkembang walaupun masih berbentuk ringkas dan mungkin tidak dalam kedudukan akhir.

3. Muka telah dapat dikenali. Hidungnya seolah-olah mempunyai 1 hujung. Lubang hidung telah terbentuk. Kedua-dua rahangnya telah bersambung untuk membentuk mulut. Lidah juga telah terbentuk.

4. Bahagian dalaman telinga yang bertanggungjawab dalam keseimbangan dan pendengaran terbentuk.

5. Jari tangan dan kaki semakin nyata walaupun disambung oleh selaput kulit.

6. Lengan dan kakinya tumbuh semakin panjang, manakala bahu, siku, pinggang dan lutut dapat dikesan.

7. Bayi bergerak ke sekelilingnya dengan agak kerap, namun anda masih belum dapat merasa pergerakan itu.

* Panjang : Bayi kini 2.5 cm ( 1 inci ) panjang iaitu sebesar saiz sebiji strawberri.